Jangankan lelaki biasa,
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka,fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada di dalam syurga? Namun ADAM tetap rindukan HAWA,
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk
yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayangan yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh ALLAH S.W.T,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Nya.
Didiklah mereka dengan panduan dari Nya.
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka akan semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita.
kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal.
Dia punca kekuatan dunia.
Akal setipis rambutnya,tebalkan ia dengan ILMU.
Hati serapuh kaca,kuatkanla ia dengan IMAN.
perasaan selembut sutera,hiasilah ia dengan AHLAK.
Suburkanlah ia,
kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan.
TUHAN,bisikanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.
Ia bukan diskriminasi TUHAN,
sebaliknya di situlah kasih sayang TUHAN.